Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca....
Berbalik kepada cerita barangan ori vs tiruan, memang menjadi2 barangan tiruan yang dikeluarkan dan ada di pasaran sekarang ni, masalahnye kenapa boleh jadi begitu....adakah sebab pengguna atau pembeli yang menaikan lagi gejala barangan tiruan tu? entah la....pada aku tak kisah lah tentang ape kelas pon barang tu, tp yang penting jaminan ketahanan dan fungsi nya...ada beberapa ketegori peminat barangan di sini
1) Ada sesetengah orang tak kisah about barangan ori or tiruan ni, pada dia semuanye same jek tak jauh beza, cuma harga yang beza melampau², so dia kate baik ambil yang tiruan sebab murah...mungin macam tu.
2) Dan mungkin gak ada yang jenis pilih barang, contohnye macam barang² yang betol memerlukan fungsi serta barangan yang mengeluarkan output serta fungsi dan sebagainya diambil kira teliti, maksudnya mahu yang ori bila barang tu ada fungsi dan barang yang tak mengeluarkan sebarang fungsi atau output hanya sekadar hiasa tuk nampak lebih lawa dan menawan lagi tu tak di ambil kira sgt...
3)Yang ni pulak jenis semua nk ori, x kira lah mahal ke, cantik ke tak...janji ori (itu yang menjadi kebanggaan).Tu semua tak kisah dan bergantung kepada individu masing²...so golongan ni kebanyakan semua nye golongan yang senang dan berada, duit tak de masalah baginye...so ok lah kan klu mcm tu (tp den tak termasuk dlm golongan ni, sebab den tak kayo...huhuhu).Tp jangan pulak duit cukup2 nk makan tp nak bergaya macam punya pasal, makan megi pon sanggup, so jangan la amalkan gaya hidup mcm tu...tak elok, heheheh...p/s: tp den pon terjebak gak dlu dok dlm kategori ke3 ni....tak sedor diri la katakan, hahaha...tp sekarang da ok kembali normal...den telah balik kepada kategori no2...hehehe.
So apa pun, bergantung lah kepada poket dan kewangan masing²...kebanyayakan peminat motosport yang berjiwa kental memang memilih barangan yang bagus tak kiralah berapa nilai barangan tersebut janji ia memulangkan faedah dan juga kepuasan di tahap maksimum.
Ok lah, dah panjang lebar aku membebel, mari kita same² tgk contoh E-manage blue yang aku ambil dan buat rujukan daripada website greddy atau mutiara motors...

p/s: sorry kekawan gambar kecik n x clear...boleh click kt gambar tu tuk tgk full gambar and boleh zoom skali..

selesai suda contoh e-manage blue atau dlm pangilan manjenye e'manis biru ori dan tiruan, berhatilah dengan barangan demikian kerana, janganlah membazir duit anda dengan barangan tiruan yang tidak mendatangkan faedah dan juga hasil yang memuaskan.
ok smua..lepas ni kita sambung lg dgn barangan seterusnye iaitu Fuel Regulator dr jenama SARD...
thanks all.